Friday, 22 August 2014

Usah kau putus asa! (Bab Cinta : Tips nak move on)

Selamat pagi!

bangun sahaja pagi tarik nafas dan selawat!

kemudian kita hembus~

*fuhhh

Assalamualaikum semua! pa khaba? sihat? alhamdulillah saya disini sihat belaka na masih boleh makan dan tidur #ehjangantidolepassubuhjang. hehe pada mula saya nak ajak readers-readers sekalian sucikan balik kepala otakkan kalian dan tanamkan mood ceria dan positive apabila mulanya pagi ini. Agar hari ini lebih baik dan awsome dari hari sebelumnya! 

Saidina Ali pernah berkata

“Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam” 

Allah.. Allah.. Allah

Biarpun embun yang menyejukkan pada pagi ini dengan ngantuknya saya berkongsi sebuah tulisan bertajuk " Usah kau berputus asa!"

Ramai remaja termasuk penulis disini pernah rasa putus asa! jika ikut kajian pakar psychology remaja akan melalui satu tahap atau satu peringkat hidup dimana dia sudah rasa tidak bermakna lagi didunia kerana kecewa akan sesuatu pekara.  

ada yang frust menongeng sebab baru putus cinta. " arghhhh aku benci diri aku!! semua aku buat semua tak jadi! aku tak sanggup nak stay kat dunia ni! kejamm kejamm!!"

ada yang frust tapi tak menongeng sebab fail exam " hmmm result kali teruk.. @#$^&8 sia-sia ja duk kat U baik tak payah blaja langsung"

ada pula yang putus asa ngan hidup kerana perpechan dalam keluarga lalu dia mencari altenatif maksiat sebagai ubat penenang jiwanya. Nauzubillah hi min zalik

Tidak ku lupa punca orang putus ada adalah kerana LOW CONFIDENCE atau kurang kenyakinan pada diri sendiri!

Bro sis jangn putus asa!
Allah S.W.T ada firman



قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ ۚ 
إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ 


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(Qs Al-Zumar 39: 53)

kan kan kan?? nampak tak Allah sendiri tak bagi kita putus asa.. siap bagi chance lagi untuk bertaubat tak kira apa maksiat yang kita buat namun kita bertaubat sebenar-benar taubat Allah akan ampunkan kita! masyaAllah baiknya Allah. 

Setelah kita tahu punca kenapa kita putus asa ayuh kita bongkar rahsia bagaimana mengatasinya!


JANGAN GIVE UP KERANA CINTA MANUSIA

Putus cinta?? nak bunuh diri jangan jang! 
sia-sia! perjanan masih jauhh kamu masih muda! banyak lagi perempuan-perempuan lain yang lebih baik kamu boleh jadikan isteri! 

dengar sabda Rasulullah S.A.W

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” 
(HR al-Bukhari dan Muslim)
well orang akan cakap " arghhhhh apa kau faham perasan aku?? kau tak pernah lalui benda ni?? mcm senang je kau cakap!!"
first step nampak orang cenggini lompang je kasi diam sikit. *jangan lebih-lebih sampai tomoi pulak.
kekadang orang sampai macam kata-kata lembut tidak boleh masuk dalam kepala otak dia.
sebab otak dia dah lekat dengan kekasih lama.

kedua suh dia ingat.. kalau berlaku pada diri sendiri maka ingatlah diri ini kepada Allah.. zikir pelan-pelan ajak mengucap..akan tiba satu masa dia/kita akan menangis. Bila hati dia dah lembut maka boleh kita memberi nasihat! :) nasihat macam mano? suh cari Gepren or Bopren baru??
tidak sama sekali!!  Nasihat lah dia melupakan maksiat! melupakan cinta yang terjalin hasil hubungan yang haram! move on broooo! 

" jika benar-benar si lelaki sayangkan si wanita tersebut,
tidak akan dia membawa  bersama ia ke neraka, namun dia membawa wanita tersebut kedalam syurga dengan ikatan pernikahan" - quotes of the day *ceh


ya iya pak ini benar sama sekali.. percintaan bukan dibuktikan melalui maksiat namun dibuktikan melaui tangunggjawab yang berani dipikul sebagai suami. That is love yaww


Bagaimana pula caranya kita nak Move on? 

Sibukkan diri atau orang putihnya make yourself busy. well kaedah yang sangat typical tanya lah mana-mana psychology dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama mereka akan bagi jawapan yang sama.

Namun sebagai Remaja Islam pekara yang perlu kita buat ialah sibukkan diri dengan tarbiyah dan dakwah! :)
hadirkan diri dengan majlis ilmu. Banyakkan membaca dan membina kekuatan dalaman.

saya susunkan tips busykan diri yang paling berkesan based pengalaman saya.

Tips no 1 : baca setengah/ satu juzuk Al-Quran setiap hari sebagai penenang jiwa bagi melupakan kekasih- kasih lama kau *kantoilah playboy 

Allah firman 

الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
(QS Ar-Rad 13:28)

Tips no 2 : satu hari baca satu hadith  (namun perlu rujukan guru-guru agar hadith dibaca bukan hadith palsu).
kita penuhkan jiwa kita ilmu dan sunnah agar secara tak akan menolak maksiat secara total! insyaAllah
Kebanyakkan surau dan Masjid-masjid ada buat pengajian hadith kebiasaanya kitab Riyadhus Salihin.*recommended 

Tips no 3 : Biasakan Solat Tahjud dan Jemaah Subuh di Masjid/ surau. seriusly bagi saya ini antara pekara yang mampu mehilangkan  diri kita rasa bersendirian. Apabila kita bertahjud kita ada satu connection yang special dengan Allah S.W.T pencipta kita. ce try! bila solat focus betul-betul hayati betul-betul ayat yang dibaca nanti secara tiba-tiba kita akan menangis! ketahuilah malaikat sedang menyentuh hatimu! masyaAllah!
 bila menangis time itu simpan tangisan pada sujud untuk berdoa pada Pencipata Hati!
sudah kau berdoa sepuas-puasnya.. lepas seketika akan kau rasa tenang.. hati kau rasa sejuk.. yes itulah ketenangan iman.. 

Tangisan hamba bertaubat sangatlah mahal sehinggakan diharamkan ke neraka!


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهَمَا النَّارُ أَبَداً : عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ، وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ”.

Rasulullah SAW bersabda: “Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya : mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah”.    

                                                                                         (Hadis riwayat tirmizi)


Tips no 4 : hadirlah Majlis ilmu! pi la sekolah pondok mana, join Usrah,  atau gerak jemaah tabligh. dengan ini kita akan perloleh ilmu fadhu ain dan secara tak langsung mampu dekatkan diri kita dengan orang-orang yang alim beriman. Benefits of lifetimes kita mendekatkan diri orang alim kita akan rasa malu dengan diri atas maksiat lalu yang pernah kita lakukan. percayalah!
Tambahan pula ikhwah-ikhwah satu pendorong kita tidak rasa sunyi mengisi hati yang kosong dengan cinta atas dasar Islamiah!

Hadis Rasululah SAW yang bermaksud,
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.”
                                                   (Hadis riwayat Abu Daud).


Tips no 5

ELAK TENGOK CERITA DAN DENGAR LAGU CINTA. 
Mak aih bosanya font --" . haha tujuan saya besarkan font dalam tips kelima keran ia sangat penting dalam pengaruh jiwa kita sebagai remaja! well saya remaja saya ada pengalaman #ups. Pekara ini sering kita amik ringan bila nak move on tapi kita lupa bila tengok cerita cenggini la buatkan diri rasa sebak rindu kekasih lama sebagai aksi adegan dalam drama-drama cinta munkin sebanyak sedikit ada berlaku pada kita.

situasi : menonton telivesyen drama ako cinto ko terpapar satu babak  Joyah begembira dengan Usop di tepi pantai yang indah.. angin pantai yang tiup kearah rambut joyah panjang berlaku la seperti iklan rambut rejoice.. Usop pulak terpukau lalu berkata " tiada bidadari secantik kamu" #ewww
Aku yang menonton tv pulaa... cisss aku baru nak lupakan jemah!! da teringat balik!! arghhhh!!

Bagi situasi yang belum pernah bercinta pula akan terpengaruh!! " bilalah aku nak ada awek :( tsk tsk tsk"
yeahh medialah pengaruh terkuat zaman milena niee. Remaja ada perasaan ingin mencuba, namun perasaan mencuba disalah tafsir maka hancur! Nauzubillah hi min zaliq!

Tips no 6 : BERDAKWAH! 
Dalam kita mentarbiyah diri kita disitu kita harus berdakwah! Tarbiyah seharusnya seiring dengan dakwah. jangan pula kita beri alasan kita tidak cukup ilmu! itu sebab kita kena tarbiah! wal hal kita tak berani bawak isu berat-berat, dakwahlah isu-isu yang simple. Serti  ajak orang tutup aurat,ajak orang solat atau join program-program sukarelawan juga satu dakwah! 

 Imam al-Hasan berkata: "Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang diserukannya? Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran". 

Nescaya saya percaya dengan Amal ini kita akan rasa malu pada Allah apabila teringat pada someone! Allah! Allah! Allah!

Penutup bab cinta 
Itu lah dia 6 tips make youself busy untuk anda semua move on.. well i have to said that 

" Ramai daie-daie di luar sana rosak akibat cinta yang tidak diredhai Allah S.W.T"

Sebagai ingatan kita pula terpengaruh kisah cintan cintun yang kata "ISLAMIK" .. no wayy dulu aku terkena gak.. tapi ingatt there is no way "Islamik" melainkan cinta antara suami dan Isteri!


 credit : Amir Mustaqim

kasihanlah pada bakal suami dan isteri kita nanti kut2 tengah tido ngigau " jemahh.. jemahhh jangan tengalkan abang please" kan si joyah pang lak.

Jika kita rasa berkenan dengan someone maka kahwinlah! 
Allah firman 

وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di kalangan kamu, dan orang-orang yang layak [berkahwin] daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mengkayakan mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha luas [pemberian-Nya] lagi Maha Mengetahui.

(QS An-Noor 24:32)

Bro and sis yakinlah pada janji Allah! jangan give up! jadi yang terbaik pada Allah maka Allah akan yang terbaik tuk kita nanti ;)

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

WALLAHUALAM

MOGA BERMANFAAT INSYAALLAH
Berkongsilah ilmu ini kepada rakan anda!

SHARING IS CARING! :)



WASSALAM

TO BE CONTINUED......


   












No comments:

Post a Comment